Sunday, September 26, 2010

PERTARUNGAN EPIK

Puak Petaka Langit sudah mara ke hadapan apabila semboyan dibunyikan. Mereka kelihatan sungguh dahagakan darah Puak Perwira Hitam yang selama ini menjadi idaman mereka. Kali ini kemenangan nampaknya milik mereka. Kekejaman Puak Perwira Hitam terhadap puak-puak lain harus dihentikan.

Ketua Puak Petaka Langit selaku mastermind taktikal, Thunderwraith sungguh optimis, 'kemenangan di pihak kami'. Dia tersenyum yakin.

Anak-anak buah dia yang lain, seperti Lord of Blade, Lord of Poison, Lord of Ice dan Lord Fire sudah membiarkan saja anak buah bertempur dahulu. Otai datang kemudian saja.

Sementara di Puak Perwira Hitam, mereka gelisah terutamanya Pembahan Tegar. *camne nih? camne nih?* Kekurangan askar dan skill-skill pertempuran puak sendiri bakal menggelapkan cahaya kemenangan mereka. Kali ini dia sendiri tak yakin dengan kemampuan puak sendiri walaupun sebelum-sebelum ini puak mereka sungguh gah dan bersemangat berperang dengan puak-puak di negara Olliozorph. Semua kawasan sudah ditakluk, tinggal kawasan Puak Petaka Langit saja. Tapi kali ini, saat ini, dia tak yakin akan menang.

Dia melihat kepada panglima-panglima tentera dia yang lain. Lord of Curik, Lord of Sengih, Lord of Tamil dan Lord of Gay. Masing-masing mengharapkan keajaiban untuk peperangan hari itu.

"Amacam? Gua dah guna ulti gua dah. Tengah cooldown sejak hari tuh. Esok baru leh pakai." - Kata Pembahan Tegar dengan nada gelisah.

Masing-masing mengeluh. Ulti Pembahan Tegar sahaja yang bleh diharapkan ketika ini. Bahan Berantai memang mampu menjatuhkan semua tentera musuh.

Puak Perwira Hitam kelihatan lemah dan tak bermaya melawan Puak Petaka Langit.

Apa yang mereka mampu buat tika ini hanyalah berdoa kepada Tuhan agar memberi kemenangan kepada puak mereka.

Di tengah kekalutan itu, tiba-tiba..

"Gua rasa gua dah naik level lah! Bercahaya semacam je gua ini macam?" Lord of Sengih bersuara.

Semua memandang Lord of Sengih, tersenyum kelegaan.

"Jom try tengok ulti ko jom!" - Kata Pembahan Tegar dalam keterujaan.

Sebagai master of tactician, Pembahan Tegar menyusun strategi baik punya semata-mata nak mengalahkan Puak Petaka Langit bagi menakluk kawasan mereka.

*****

"Ready? Gua dapat heal orang je sekarang. Mana dah tak banyak." Kata Pembahan Tegar yakin.

Semua di situ mengangguk.

Askar-askar lain terus bertarung. Pembahan Tegar hanya menunggu masa menjalankan taktik. Timing mesti mau cantik.

*****

"Mula!" Jerit Pembahan Tegar.

Lord of Tamil memulakan aksi dengan melibaskan kain membuatkan semua askar dan hero di atas padang pertempuran membeku. Lalu disambut dengan Lord of Gay blink ke tengah-tengah padang pertemburan menaikkan sebuah bangunan berupa MidValley bagi mengepung semua musuh di situ, tiba giliran Lord of Sengih.

"Hiiiyyaaaakkkkk!!!!!" Lord of Sengih mengangkatkan kening.

Serentak dengan itu, segala ribut taufan, angin bertiup kencang. Puting beliung datang berpusing menghuru-harakan keadaan di situ, Lord of Gay di tengah-tengah padang pertempuran sedang menahan kesakitan, lalu Pembahan Tegar menggunakan skill 3 heal semua di situ selama 5 saat.

Lord of Sengih menahan angkatan kening dia bagi menaikkan damage.  Tiba-tiba...

PAPPPP...

Ada kilatan merah berantai muncul dan memusnahkan semua musuh di situ.

"Heyyyyyyyyyyyyyyy penattt je orang buat ulti!" - Kata Lord of Sengih merajuk sambil geleng-gelengkan kepala.

Apa Lord of Curik buat hanya tersengih.

"Sabarrrr jelaaa~~~~" Disambut Pembahan Tegar, Lord of Gay dan Lord of Tamil.

2 comments:

shahrin yusof said...

PAPPPP...//hahahha

minx said...

Hey. Penat gelak sorg2 dlm opis ni