Monday, September 27, 2010

RAYA DENGAN KANCIL 3

Sesampai rumah Kancil, gua pun beri salam. "Assalamualaikum!"

Muncul adik-adik Kancil dari pintu utama melihat kami. Alahai kecik-kecik lagi adik Kancil. Gua dan member-member masuk rumah Kancil macam YB-YB. Masa tu emak Kancil dan adik-adik saja yang ada.

"Eh Kancil, ni Soleh eh? Yang lu slalu on phone tuh?" Gua buka pertanyaan pertama dalam rumah. Kancil angguk-angguk.

Sorang-sorang adik Kancil keluar bersalaman dengan kami. Pastu kami dijemput duduk oleh Tuan Rumah. Masa gua duduk, gua tak perasan gua punya tanduk serupa tinggi punya tumbuh. Hero Tamil, Brader Helmet dan Brader MidValley dah nampak saja buat-buat tak tahu.

"Kancil panggil la adik-adik lu. Gua nak interview nih." Gua taktau kenapa, apa jahanam ayat gua boleh buat Brader MidValley dan Hero Tamil gelak satu macam. Niat gua ikhlas, nak berkenal mesra.

Kancil geleng-geleng kepala je, "iyela tuh.."

Sedang gua rilek-rilek borak dengan Helmet, adik Kancil duduk depan gua. Daripada amatan gua, gaya sebiji Kancil. Rambut, muka, sengih, cuma yang beza ... TAKDE LANYARD DI POKET.

"Ni lepas belajar pandai-pandai macam Abang Kancil ya. Nanti tolong mak ayah." - Nasihat gua kepada adik-adik Kancil kebetulan ada dekat-dekat dengan kami. Hero Tamil dan Brader MidValley gelak lagi. Hampehh. Niat gua ikhlas, nak menasihati. Bagi semangat. Nanti tak belajar pandai, tak masuk uni, camne nak meneruskan tradisi bahan-membahan di universiti ye tak?

Respon gua dapat dari menasihati adik-adik Kancil -- SENGIH. Satu hal sudah settle. Sengih memang dah ada dalam darah Kancil.

p/s gua afk. bye

No comments: