Monday, November 8, 2010

9 NOVEMBER 1987

9 November 1987, lahir seorang taiko besar ke muka bumi Malaysia. Beliau dinamakan Ishak bin Ibrahim. Anak kedua daripada 8 adik-beradik ini, seorang abang/adik yang unik dan baik yang susah dicari ganti pada zaman moden sekarang.

Meskipun mendapat keputusan sederhana sepanjang peperiksaan zaman persekolahan (UPSR, PMR, SPM), tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan perjuangan dalam pendidikan dan melangkah ke tingkatan enam dalam jurusan biologi. Hasrat ayahanda dan bonda dipikul untuk merealisasikan impian mereka serta berpegang pada tagline, 'orang nak ubah nasib keluarga kita'.

Walaupun beliau menghadapi kesukaran dalam memahami bahasa inggeris (PPSMI punya hal la nih) dalam pendidikan kimia dan biologi, beliau masih lagi survive dalam misi mengubah nasib keluarga sehingga STPM. Selepas itu, beliau mengambil keputusan untuk bekerja di McD dek kerana frustrated di atas ketidak-performan beliau dalam peperiksaan STPM. Dek kerana frustrated, beliau sekali tewas dengan ego sendiri, 'orang gagal mengubah nasib keluarga.'

Namun begitu, pepatah Melayu ada berkata : "Tuah ayam nampak ditaji, tuah Ishak terang-terang nampak di kening." Selepas mendapat keputusan peperiksaan walaupun kata beliau, "kurang merangsang." beliau berjaya melanjutkan pelajaran dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda (dengan Kepujian) Sains Komputer di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Misi 'orang nak ubah nasib keluarga kita', diteruskan dan kini Ishak Ibrahim sudah bergelar graduan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sepanjang kehidupan beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau mesra dengan hampir semua orang di Universiti Kebangsaan Malaysia terutamanya Shahrin Yusof Lann Shaukani, Fayadh Ahmad Kamal dan Mohd Ariff Sofian. Mereka inilah sebenarnya artis yang mewarnakan kanvas kehidupan Ishak Ibrahim dengan berbagai-bagai tona sepanjang berada di markas dota selama tiga tahun.

Tiga tahun, masa diambil untuk mengubah Ishak Ibrahim daripada seorang 'dara' ke seorang teruna yang berkembang maju. Hanya rakan-rakan rapat saja yang tahu manisnya hidup Ishak Ibrahim. Asalnya Ishak Ibrahim seorang 'dara' yang lurus dan apabila hampir setiap hari dibahan dengan rakan-rakat rapat, Ishak Ibrahim pasrah. 'Dara' lurus lalu ditinggalkan, kini sudah bertukar kepada seorang teruna yang mengikut pasaran calon teman hidup masa kini.

Dalam keluarga, Ishak Ibrahim merupakan anak yang soleh dan patuh dengan kata ayahanda dan bonda. Ini dapat dibuktikan apabila beliau mengikut kata mak, "jangan bawak motor balik Bangi time hujan.", kira-kiranya, "A kata mak, jangan dilawan." ini kerana, syurga dibawah tapak kaki ibu. Beliau juga seorang yang abang yang caring kerana sering mengambil berat hal ehwal adik-adik ketika beliau berada di UKM. Dalam erti kata lain, beliau seorang penyayang.

Akhir kata, hari ini 9 November 1987, jatuh hari lahir Ishak Ibrahim. Jadi, gua, Lann Shaukani wakil daripada komiti penulis Hikayat Kancil ingin mengucapkan...

SELAMAT HARI JADI ISHAK IBRAHIM!!
SEMOGA SUKSES SELALU
SEMOGA CEPAT DAPAT JODOH
SEMOGA LU BERUBAH DEMI MASA DEPAN!
UBAH NASIB KELUARGA KE ARAH MASA DEPAN YANG CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG

KAMI SEMUA SAYANGKAN LU

p/s Penulis-penulis lain jangan macam-macam. Sila wish dalam blog dalam entry sendiri.

No comments: