Friday, August 6, 2010

SEJARAH MELAKA

Melaka ialah sebuah negeri yang terkenal dengan sejarahnya. Melaka terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia serta bersempadan dengan Negeri Johor dan Negeri Sembilan.

Negeri ini ialah negeri yang kedua terkecil selepas Perlis. Keluasannya cuma 1,657 kilometer persegi. Panjangnya dari utara ke selatan ialah 40 kilometer dan lebarnya dari barat ke timur ialah 69 kilometer.

Menurut catatan sejarah, nama Melaka telah lama wujud iaitu daripada nama kesultanan yang diasaskan oleh Parameswara atau Sultan Iskandar Syah . Daripada catatan pedagang Cina yang datang ke Melaka, sudah ada tempat dagangan bernama Melaka. Nama Melaka juga ada disebut dalam 'Syair Jawa' bertarikh 1324. Melaka disebut sebagai negeri yang bernaung di bawah Siam dalam tahun 1360.

Nama Melaka pertama kali dikesan penggunaannya adalah pada abad ke -14. Terdapat pelbagai cerita tentang bagaimana Melaka mendapat namanya.Walaubagaimanapun, cerita yang diterima umum ialah cerita yang mengaitkan nama itu dengan sebatang pokok yang disebut pokok Melaka.

Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor kancil biru (sebenarnya kancil putih) dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan.

*****

Nampak tak connection antara gua dengan Ishak sekarang?

5 comments:

Fayadh Ahmad Kamal said...

Haha cam siot..

LS said...

Gua dgn Ishak x dpt dipisahkan

Fayadh Ahmad Kamal said...

connection? ke nonoktion? hahaha

LS said...

nonoktion tu fetish sangat.

shahrin yusof said...

fetish ^_*"