Tuesday, August 3, 2010

HERO DOTA CIPTAAN ANAK MALAYSIA

Baru-baru ni gua komplen kat Brader MidValley sebab gua tidak puas hati dengan satu hero nama Copter (sikit lebih kurangla nama dia). Hero ni skill dia AOE serta damage. Hero AOE ni memang feveret gua. Especially macam Kel'Thuzad (Lich), Crystal Maiden (Rylai), etc. Sebab gua tak suka attack hero secara solo, secara gangbang lagi baik untuk membantu team sendiri, senang sikit. Lagi cepat hero mati. Sebenarnya niat gua nak curik je. (gua nak dengar Kancil kata "curikkk~~ penat je orang kumpul duit" je sebenarnya.)

Komplen gua kat Brader MidValley lebih kurang ini macam la juga. Sikit lebih kurang, tolak sikit gelak,

"Hero Copter ni bersifat hero moden la. Zaman ancient mana ada helikopter. Kalau ikut cerita epik lama-lama, takde pun senjata karakter kenderaan helikopter untuk berperang. Paling tidak askar tunggang naga ataupun zaman Avatar Airbender, ada belon panas bawak bom. Pastu ada pemanah tembak askar ke bawah. Hero Copter ni nampak moden lah! Tak sesuai langsung!"

Brader MidValley seakan-akan mengiyakan kata-kata gua. Ada juga gua dgn Brader MidValley berbincang pasal hero-hero baru. Giliran gua pulak mengiyakan sebab gua tak explore lagi hero lain. Dalam perbincangan tersebut tiba-tiba gua nak mengusulkan hero baru.

Gua : Bro gua rasa kita kena ada hero baru. Kalau Copter moden, gua ada hero lagi moden. Konfem meletup hero ni. Setakat Axe, celah gigi jer.

Brader MidValley : Hero apa tu bro?

Gua : Gua bagi nama hero Blue The Legend, nama pendek dia Kancil.

Brader MidValley : Wahhh! Konfem kuat hero tuh...

Gua : Gua tak tau lagi nak bagi skill apa ni. Lu ada idea?

Brader MidValley : Ada ada.. Nak dengar skill cadangan gua tak? Nanti lu design la hero dia.

Gua : Ok. Apa skill lu? Kalau bernas, gua pertimbangkan.

Brader MidValley : Skill 1, sengih. Ikon sengih tu kena AOE juga. Bila hero Kancil tu sengih, semua hero yang ada dalam lingkungan 800AOE kena stun 10min, damage pulak 300dps. Tu baru level satu. Lagi tinggi level, lagi tinggi dmg dia, lagi tinggi effect. 1 map kena stun.

Gua : Haa! Ikon basuh tangan amacam?

Brader MidValley : Ok gak tu. Aaaa.. Gua rasa untuk healing. Hero Kancil ni macam supporter lah. Cooldown je sejam. Macam Kancil buat selalu laaa...

Gua : Hahahaha! Skill 3?

Brader MidValley : Skill 3 tu skill ikon lock motor. Skill tu leh net hero on target. Macam skill Naga Siren. Tapi ulti gua tak pikir lagi. Haa.. Design hero amacam?

Gua : Design hero gua design biasa-biasa jer. Kalau Copter tu moden, gua buat lagi moden! Hero tu naik motor Lagenda Biru.. Ada no plat. No plat tu boleh summon adik dengan abang hero... Gua rasa ulti ni lagi best ni..

Brader MidValley : Apa dia? Apa dia? (excited)

Gua : Ulti dia, ikon angkat kening. Lagi tinggi dia angkat kening, lagi kuat effect dia. 1000AOE, 1000dmg. Tu baru level 2. Kalau level 3, memang konfem mati.

Brader MidValley : Eh betul lah!! Axe pun kalah..

Gua : Kan gua dah kata.. Gua nak propose kat IceFrog jap lagi.

*****

Ada hero baru lepas ni, tunggu kemunculan map 6.69.

1 comment:

shahrin yusof said...

300dps, stun 1 map...godlike nih...

ulti tetap power...