Friday, July 16, 2010

Di Luar Buku Teks Sejarah KBSM

Bagi kebanyakan orang, mereka beranggapan Brader Kancil memang anak jati KL. Itu tidak benar kerana Brader Kancil mempunyai kampung di Raub dan Kelantan.

*Situasi 1 : 1 malam dalam tahun 2007*

Hero Tamil: Saudara Kancil, raya tahun ni balik kampung ke tidak?Balik Kelantan ke tidak?

Kancil: Tahun ni tak dapat balik lah, sebab kena kerja McD masa hari raya.

Hero Tamil: Serius tak balik?Dari lepas SPM saudara Kancil tak pulang ke Kelantan. Pulanglah raya kali ni.

Kancil: Tak boleh, Manager tak bagi cuti, lagipon Manager McD dah janji nak  bagi bonus 3 kali ganda kalau kerja Hari Raya.

Hero Tamil: Yelah Kancil....


*Situasi 2: 1 malam dalam Tahun 2008*

Hero Tamil:  Saudara Kancil, raya tahun ni balik kampung ke tidak?Balik Kelantan ke tidak?

Kancil: Tahun ni aku tak balik lah. Kampung Raub pon tak balik. Mak ayah aku je yg balik kampung.

Hero Tamil: Habis tu kau raya camne nanti?

Kancil: Abang aku pon tak balik.

Hero Tamil: Sigh...

*Situasi 2.1: Minggu pertama Raya tahun 2008*

Hero Tamil: Selamat Hari raya Kancil. Camne raya?

Kancil: Boleh lah, aku ada beli baju  baru sikit2...

Hero Tamil: Owh, raya makan apa?

Kancil: Aku beli ketupat dengan serunding kat Tesco tapi tak sedap sangat.

Hero Tamil: Owh, kau serbu je rumah2 VVIP masa raya ni. 

Kancil: Yelahhhh...



*Situasi 3: 1 malam dalam Tahun 2009*

Hero Tamil:  Saudara Kancil, raya tahun ni balik kampung ke tidak?Balik Kelantan ke tidak?

Kancil: Tahun ni tak balik Kelantan sebab 1 keluarga balik ke kampung di Raub.

Hero Tamil: Dari Raub pergilah singgah Kelantan kejap. Cuti lah lama2 sikit.

Kancil: Tak boleh, abang aku tak dapat cuti  raya lama2 sangat. Jadi semua dah pakat nak balik kampung kat Raub je.

Hero Tamil: Yelah...Jadi saudara Kancil pulang dengan apa nanti?

Kancil: Naik Motor Yamaha yang banyak berjasa tu lah. Adik beradik ramai nak naik 1 kereta. Takpelah, Biarlah aku beralah sikit. Adik aku lagi sorang tu pon nanti bawak motor jugak, bolehlah buat kawan dalam perjalanan pulang nanti.

Hero Tamil: Owhh....

Kancil: Nanti aku nak servis Motor tu bagi tukar rantai & tayar baru sebelum balik.

p/s: Touching betul masa Kancil cakap biarlah aku beralah balik naik motor.


P/s/s: Sebagai rakan2 yang mengenali Kancil, marilah kita berdoa agar beliau dapat pulang ke Kampung di Kelantan pada Raya kali ini.

**********************************************************************************




4 comments:

mira zin said...

ayahanda kancil ada kg kat kelantan?baru tahu..

I am Nortrom said...

aku sakit perut gelak! tesco, abang, yamaha... hahahahahahah! gila cam haram!

minx said...

Kelantan?jauhla nk balik raya lepas kawen nnt

arep said...

^
/ \
|
|

hahaha ruby dgn nada serius...