Saturday, July 17, 2010

ADIK-BERADIK PENYAYANG

Kancil ada 8 adik-beradik dan beliau adalah adik kedua, abang kepada 6 orang adik. Seingat gua, adik-beradik kancil semuanya bernama Nabi-nabi serta isteri Nabi, seperti Zulkifli, Adam, Salleh, Siti Fatimah (kot) dan ada lagi gua tak berapa nak ingat. Bila nama-nama ikut Nabi dan isteri-isteri Nabi, makanya lu orang fahamlah bagaimana sikap mereka. Orang baik-baik, Alhamdulillah :)

Tapi gua hanya diperkenalkan kepada dua orang saja. Abang Zul dan Adik Tension, Adam.

Fakta Abang Zul
  1. Abang Zul kerja di Tesco sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan.
  2. Selalu memberi baucher Tesco kepada keluarga.
  3. Abang yang penyayang.
  4. Penyabar - kena marah dengan Kancil pun rilek lagi.
  5. Seorang yang sangat caring. Hari-hari telefon Kancil, Kancil buat laporan harian kepada abang.
  6. Abang suka makan Sate Kajang.
  7. Abang jarang balik raya kat kampung.
  8. Abang suka membaca dan seringkali dipancing Kancil untuk membuat pertukaran buku.
  9. Suka cuti hari Rabu. Ambil kesempatan datang UKM pada hari tersebut.
Fakta Adam (adik Kancil)
  1. Artis KRU Records.
  2. Pernah membuat persembahan di Kolej Pendeta Za'ba.
  3. Seorang yang rilek.
  4. Tak banyak cakap, takut dibahan banyak.
  5. Pernah bahan Kancil dengan lagu 'Aku Tension, Aku Tension, Aku Tension, Tension lagi!'.
*****

Keluarga bahagia.

2 comments:

minx said...

eh...adik Kancil yg Adam tu peymes kan?
Rasa mcm pernah afundi10 dia je

I am Nortrom said...

haahhaha!