Monday, July 19, 2010

AWEK-AWEK PILIHAN

Lama dulu gua penah tanyakan Kancil, apa jenis perempuan yang ingin dia dampingi. Dia sengih-sengih je. Dia tau kalau gua dah tanya tu, mungkin jadi bahan juga akhirnya.

Puas gua tanya-tanya, mula-mula jawab "yela tuh." paling tidak "heeyy". Lama-lama, hamek! Dia senaraikan kriteria yang dia mau.

  1. Comel-lote macam Maisarrah
  2. Mata bulat macam Maisarrah
  3. Tubuh yang gebu macam Maisarrah
  4. Bila Kancil pandang rasa menyelerakan macam Maisarrah
  5. Pipi tembam macam Maisarrah
  6. Rajin masak
  7. Boleh buat kerja rumah
  8. Pandai melayan suami
  9. Boleh sekapal dengan keluarga Kancil
  10. Memakai tudung macam Maisarrah
  11. Pakai uniform sweater pink macam Maisarrah
  12. Seperti Maisarrah
*****

Jadinya, baru-baru ini freshies semua dah masuk universiti. Biasalah di fakulti, kalau nampak budak pakai kad matrik tergantung di leher ke apa ke, janji nampak kad matrik, konfemla junior.

Al-kisahnya, Kancil rajin ke fakulti sekarang. Tujuan asalnya untuk kemaskini tesis bagi melengkapkan sessi pengajian 3 tahun yang Kancil gunakan untuk menonton One Piece serta bermain Dota hari-hari di samping dibahan oleh gua, Helmet, MidValley dan Hero Tamil.

Selain itu tujuan Kancil mengemaskini tesis, beliau juga ke fakulti untuk mengubat luka lara di hati dek ditinggalkan Maisarrah lama dulu.

Oooo.. cari awek junior-junior. Nak yang gebu-gebu saja. Cam haram!

1 comment:

minx said...

Ok. Kene transform jd Maisarah. Baru la Ishak nak.