Showing posts with label MOTOR. Show all posts
Showing posts with label MOTOR. Show all posts

Friday, January 14, 2011

Hampir Keluar Matahari

Situasi: Sem 3 2010 pukul 5 pagi. Suhu suam2 kuku.




1)Ishak bangun2 mari tengok video Hero dengan aku.

*Ketuk2 katil*

2)Ishak bangun2 mari tengok video Hero dengan aku.

*Miscall banyak kali*

3)Ishak bangun2 mari tengok video Hero dengan aku.

*Gelak kuat2*

**Ulang prosedur 1-3 sampai Ishak bangun. Ishak takkan marah. Paling kuat pn dia mengeluh je. Sabar jela~~~

Sumber: Masyarakat G2111

Friday, December 3, 2010

masa depan kami

10 tahun daripada sekarang, jika Allah panjangkan umur kami.

gua dah berumur 36 tahun, dah jadi geng abah-abah.
mohd ariff dah berumur 33 tahun. baru nak jadi abah-abah.
fayadh ahmad kamal dan shahrin yusof, 32 tahun, baru lepas jadi papa.

masa tu gua bajet, kami dah ada anak sorang satu. belum lagi masuk dua. apa guna ada family planning kalau mahu cepat-cepat, ye tak?

hari raya, masa bujang gua beraya rumah ishak ibrahim, seorang. tapi kali ini bawa anak, sama macam mohd ariff, fayadh ahmad kamal dan shahrin yusof. ishak ibrahim juga, sudah berkeluarga.

cuba bayangkan.

anak gua : eh, papa kita kata, ayahanda kau selalu kena bahan kan?

anak ishak ibrahim : eh eh eh eh, ye ke ye ke? *cemas*

anak fayadh ahmad kamal : eh eh eh kepala jatuh kenapa? camne nih? camne nih?

anak ishak ibrahim : ayahanda... diorang bahan orang.. (menangis, berlari ke ayahanda)

diperhatikan anak shahrin yusof. sambil geleng-gelengkan kepala, datang dekat dengan anak ishak ibrahim lalu bertanya, "dah siap kerja sekolah tak?"

anak ishak ibrahim tiada jawapan. tapi menggeleng-geleng. anak shahrin yusof geleng-geleng kepala, betul papa aku kata, macam ayah dia muda-muda.

lalu anak shahrin yusof berjalan ke arah anak gua dan anak fayadh kamal.

anak shahrin yusof : dia tak siap kerja sekolah lagi. siapa nak tolong? macam ayah dia muda-muda

anak gua + anak fayadh ahmad kamal : meh aku nak tolong. suruhlah jiran tolong. haha. ayah dia boleh tolong. tak pun google pun boleh tolong. hahaha..  perangai sebiji bapak depa muda-muda

anak shahrin yusof : (menggeleng-geleng kepala) sabar jelahhh ^_~"

semasa merajuk. anak mohd ariff datang.

anak mohd arif : alah jgn la merajuk sayang. i kan ada.. (sambil memeluk bahu)

anak ishak ibrahim : eh eh eh apa nih? apa nih? *cemas*

anak mohd ariff sengih tajam, kenyit mata. anak ishak ibrahim layu dipangku anak mohd ariff.

10 minit kemudian.

anak mohd ariff membawa anak ishak ibrahim kepada anak gua, anak fayadh kamal dan anak shahrin yusof.

anak shahrin yusof : ohh. dah datang. emmm...

anak ishak ibrahim : heeeiiiyyy

anak mohd ariff : liberal la sikit.

anak gua : weh sedap tak dengan anak ishak ibrahim?

anak mohd ariff : agak ketat pada permulaan. tapi lama-lama okay lah tuh. tadi pun asal sempat jer.

anak fayadh ahmad kamal : pantek.

anak gua : menjerit tak?

anak mohd ariff : emm. tak kot. enjoy lagi ada la

anak shahrin yusof menendang dinding. *pang*

anak gua : sapa top, sapa bottom?

anak mohd ariff : err, gilir-gilir. puas tak sayang?

anak ishak ibrahim punya kepala senget ke kanan.

anak fayadh ahmad kamal : eh eh eh eh.. camne nih? camne nih?

---

SEKIAN

gua tak leh tahan. gua nak gelak. bye.

blog under konstruksi

gua punya hati tak berapa nak senang, dua tiga minggu. buat apa pun tak berapa nak sedap. gua layan aja kepala dengan hati gua.

yang buat hati gua tak berapa nak sedap, rupanya dah lama tidak berbicara dengan kancil. dah banyak kali percubaan panggil telefon gua buat, tak dapat-dapat. barangkali kancil "kecik hati orang" dengan gua sebab main miskol-miskol guna telefon ofis. sampai keluar syarat nak call kena sms dulu. kah kah kah. tapi gua takde hal. kancil dengan gua memang tak ke mana. Tak percaya, tengok gambar di bawah.



"hujung dunia, kita berjumpa..." - Putra dalam lirik Kain Putih

jadinya semalam, lepas solat jumaat, dan lepas tenang zahir dan batin gua mendengar khutbah di masjid mmu. gua balik ofis. skrin komputer gua tenung. macam ada problem. makin lama, skrin itu terbentuk menjadi sengih kancil. gua punya berderau dari masjid lepas jumpa jelmaan kancil tak habis lagi, ditambah dengan skrin rupa sengih kancil. itu petanda kurang baik.

seberapa pantas gua capai telefon, kucar-kacir gua dail nombor kancil.

tut.. tut.. tut.. tut.. tut.. tut.. tut.. tuttt..

berapa lama mau angkat henfon ni? hati pun mau panas juga. tunggu awek di melaka sentral pun boleh buat gua jadi panas, inikan pula tunggu pakwe angkat henfon? oopss. salah, salah. tunggu kancil. marah mohd ariff nanti.

satu kali, "hello.." hati yang terbakar, sudah kembali sejuk bak salji turun menutupi hati gua. suara kancil, memang daripada yang lain. masakan mohd ariff fetish tatkala kancil menyebut. "heeiiyyy" ?? klimax serta-merta.

gua pun borak punya borak dengan kancil. rupanya kancil mahu ke tasik titiwangsa bersama adik. nak jalan-jalan katanya. gua pun selit juga hal-hal karier ni. kancil baru saja hadiri interview bersama tm untuk jadi tech consultant (kalau gua tak silap). gua baru nak happy untuk kancil, kancil dah jadi antiklimax gua. dia kata tm baru call, permohonan dia, unsuccessful.

marah gua pada tm, tak terhingga. rasa gua nak bakar jer menara tm kat bangsar. celaka. sampai hati tak nak tolong kancil. apa salah kancil? gaya dah korporat, reputasi satu dunia dah tahu. apa lagi tm nak? kancil dapat tahu gua punya marah, cepat-cepat dia cool kan gua dengan ayat ini.

"tapi tm offer aku lain pula."

"apa dia?" hati gua sejuk balik. nasib baik ada backup sejuk.

"aa..."

"jadi apa!?" bentak gua.

gua dapat bayangkan cemasnya kancil menjawab..

"eerrr.. customer service."

gedegangg! gua tendang meja.

"bunyi apa tuh?"

"gua tendang meja. marah betul la dengan tm ni. celaka gila. bak sini nombor tm, gua nak call."

"apesal pula? ada masalah ke lann shaukani?"

"mana boleh sama dengan abang!"

tm nak bahan kancil ke nak bahan abang ni.

*****

ni satu amaran, sesiapa call customer service mintak tolong kancil call kan mcd delivery, henfon nokia rosak, line dota selalu putus, mintak free bil telefon, gua dapat tahu, gua kasi kapak celah hidung, tak banyak cakap-cakap.

Sunday, November 21, 2010

BRADER MIDVALLEY

Gua wakil dari penulis-penulis HikayatKancil ingin mengucapkan.

SELAMAT HARI JADI..
SELAMAT HARI JADI...
SELAMAT HARI JADI BRADERMIDVALLEY...
SELAMAT HARI JADI...

Ya, hari ni hari jadi brader midvalley. Agak-agak malam karang Kancil bagi apa? Kah kah kah.. Selamat bermadu asmara la yer!

Wednesday, November 17, 2010

HAIH..

Intro = Ishak

Content = Ishak + awek fesbuk + dota + sesat

Ending = Ishak

*****

Memang tak mencapai objektif perbualan langsung.

Sunday, October 31, 2010

INI CERITA TIPU!

Disclaimer : jalan cerita ini memang sebenar-benarnya tipu dan tidak pernah terjadi dalam sejarah sepanjang 3 tahun kami mengenali Kancil. Tapi watak-watak di dalamnya benar-benar wujud demi menjaga ramuan sebuah cerita ini.

---

Lepas balik dari bermain futsal di padang Zaba, gua bersiap-siap untuk mandi sebab Hero Tamil kata makan awal, main awal. Maksudnya di sini bukan cret, tapi main dota. Brader MidValley awal dah siap-siap berada di markas dota membawa laptopnya. Gua je sekarang tak siap-siap.

Macam biasa, janji melayu. Janji 7.45, 8.30 malam baru gua siap. Keh keh keh.

Gua jalan perlahan-lahan ke markas dota membawa laptop dalam mode standby. Senang je nanti letak saja laptop terus boleh on. Laptop gua sikit lebih kurang berpenyakit susah nak on awal-awal. Kena lancapkan dulu baru boleh on terus.

Tok, tok, tok! Pintu gua ketuk perlahan, 3 kali, stail Kancil. Gua pulas tombol pintu dan masuk ke dalam bilik.

Masuk-masuk je, "heyyyyy.. janji melayu!" Kancil dah "hey" kan gua satu kali. Yang lain menggeleng-geleng kepala. Gua buat gaya tak bersalah. "Jom makan!"

Sampai di cafe, kami awal-awal pilih tempat yang jauh dengan kaum-kaum pelik. Takut nanti virus merebak, naya. Kalau boleh melintas depan mata pun mahu elak.

"Kancil, teh-O ais satu." Gua order dengan Kancil.

"Eh gua bukan kaunter air.." Kata Kancil. "Belilah sendiri, heyy.."

"Ah lu macam-macam. Karang gua bahan kang. Nah ambil seringgit." Gua hulur duit kat Kancil. Kancil berlalu pergi ke kaunter air.

5 minit kemudian, makanan pun sampai. Servis di cafe memang mantap.

Gua, nasi goreng ayam goreng kunyit. Brader MidValley, nasi goreng hotdog, Brader Helmet nasi ayam masak halia, Hero Tamil, nasi goreng sardin telur dadar, serupa dengan Kancil. Gua tak hairan pun. Depa skandal, apa Kancil makan, Hero mesti mau sama. Air pun sama. Pfft.

Tengah-tengah makan, gua saja suggest game. Boring ni, asik makan takde topik. Sekali sekala mesti mau cerita songsang juga.

"Weh. Makan, makan juga. Kita main satu game. Boring nih." Gua bersuara.

"Game apa nak main? Makan pun boleh ada game ke?" Kancil menyambut. "Karang balik bilik main dota la."

"Alah. Boring ni. Ok, gua sebut satu benda, lu describe benda tuh dengan satu perkataan. Apa-apa melintas dalam kepala lu. Ok, gua mula. Biru."

"Motor." Brader Helmet bagi jawapan. Pap!

"Chelsea." Hero Tamil pula. Kancil dah geleng-geleng kepala. "Heyy nak bahan ke nak main game nih." Kata dia keras, mengunyah nasi.

Semua di situ gelak. "Ok, ok. Gua sebut lain. Pisang."

"Pisang goreng." Pantas Hero menjawab.

"Pengat pisang." Jawab Brader Mid.

"Pokok pisang." Jawab Brader Helmet.

Tiba saja giliran Kancil, "Batang Brader MidValley." Tersipu-sipu dia menjawab.

---

Balik bilik, Brader MidValley dah gesek-gesek kat katil Kancil. Itulah akibatnya bergurau tak kena tempat.

Friday, October 1, 2010

DOUBLE KILL

Di satu malam, kat bilik G2111, gua, Hero, Helmet, dan Kancil melepak bersedia mendota sementara menunggu Arep datang markas bawak laptop.

Gua sibuk text Cikgu Pencen itu malam. Sedang sibuk text-reply, kredit gua habis. Nasib gua sangat baik, tauke topup kat sebelah je.

"Bro. Topup RM5 weh. Gua bayar esok." Kata gua mintak hutang tanpa segan silu.

Kancil menggelengkan kepala seraya "heyyyy" satu kali kat gua. Dalam "heyyy" tu juga dia mengeluarkan henfon memasukkan pin topup.

"Ok dah. Kejap lagi sampai. Jangan lupa bayar esok. Nanti naik interest hutang." Kata Kancil beri amaran. Amaran? Gua anggap Kancil bergurau saja.

5 minit ... Takde apa-apa.

10 minit ... Takde apa-apa.

15 minit ... Takde apa-apa.

"Apa ni? Lu nak jual ke tak nak? Dah 15minit gua tunggu ni?" Giliran gua pulak nak "heyyy" kat Kancil. Hero dan Helmet menahan perut nak gelak.

"Eh eh eh tak dapat lagi ke?" Kancil cemas seketika. Gua tengok Kancil kecik je. Ada hilang tayar motor ni karang. Gua mula dengki.

Terketar-ketar Kancil menaip kat henfon request topup untuk gua. RM5 pun boleh jadi hal. Kalau tak betul-betul, leh jadi gaduh ni.

"Ok dah." Kata Kancil gagap sedikit. Gua dapat rasa Kancil cuak.

Bunyi henfon incoming message. Gua cek. "Ok Kancil. Thx. Nanti gua bayar."

Kancil angguk kelegaan.

Bunyi henfon incoming message kali kedua. Gua cek. Gua heran.

"Oi, bila gua mintak topup lagi ni?"

Kancil terus jadi cemas.

Monday, September 27, 2010

RAYA DENGAN KANCIL 3

Sesampai rumah Kancil, gua pun beri salam. "Assalamualaikum!"

Muncul adik-adik Kancil dari pintu utama melihat kami. Alahai kecik-kecik lagi adik Kancil. Gua dan member-member masuk rumah Kancil macam YB-YB. Masa tu emak Kancil dan adik-adik saja yang ada.

"Eh Kancil, ni Soleh eh? Yang lu slalu on phone tuh?" Gua buka pertanyaan pertama dalam rumah. Kancil angguk-angguk.

Sorang-sorang adik Kancil keluar bersalaman dengan kami. Pastu kami dijemput duduk oleh Tuan Rumah. Masa gua duduk, gua tak perasan gua punya tanduk serupa tinggi punya tumbuh. Hero Tamil, Brader Helmet dan Brader MidValley dah nampak saja buat-buat tak tahu.

"Kancil panggil la adik-adik lu. Gua nak interview nih." Gua taktau kenapa, apa jahanam ayat gua boleh buat Brader MidValley dan Hero Tamil gelak satu macam. Niat gua ikhlas, nak berkenal mesra.

Kancil geleng-geleng kepala je, "iyela tuh.."

Sedang gua rilek-rilek borak dengan Helmet, adik Kancil duduk depan gua. Daripada amatan gua, gaya sebiji Kancil. Rambut, muka, sengih, cuma yang beza ... TAKDE LANYARD DI POKET.

"Ni lepas belajar pandai-pandai macam Abang Kancil ya. Nanti tolong mak ayah." - Nasihat gua kepada adik-adik Kancil kebetulan ada dekat-dekat dengan kami. Hero Tamil dan Brader MidValley gelak lagi. Hampehh. Niat gua ikhlas, nak menasihati. Bagi semangat. Nanti tak belajar pandai, tak masuk uni, camne nak meneruskan tradisi bahan-membahan di universiti ye tak?

Respon gua dapat dari menasihati adik-adik Kancil -- SENGIH. Satu hal sudah settle. Sengih memang dah ada dalam darah Kancil.

p/s gua afk. bye

Monday, September 20, 2010

RAYA DENGAN KANCIL 2


Setelah selesai semua yang ditunggu sampai dan berkumpul di KL Sentral, gua selaku ketua trip tanya juga ke mana hala tuju nak Kg Pandan, kampung paling legend dalam bandaraya KL.

"Kancil, mana jalan nak pegi rumah lu nih?" Tanya Ezz.

Kancil sengih. "Lu tau jalan pegi Tesco Ampang tak?" Nak gak mention Tesco!

Ezz angguk. "Laa situ je ke?"

Pantas Kancil menggeleng. "Eh takkk. Lu bawak je gua sampai sana, nanti gua tunjuk ke Kg Pandan." Kata Kancil konfiden menggayakan sengih.. "ik ik ik" gaya itu mcm sikit lebih kurang.

Apa faker tak ingat jalan balik rumah nih? Gua dah kira-kira memang nak tinggalkan Kancil terkontang-kanting kat KL Sentral nih. Brader MidValley punya kepala dah nak jatuh nih, Hero Tamil gua nampak dah keluar hulu parang. Silap hari bulan memang kena penggal juga kepala Kancil ni. Memang gua tak boleh terima tak tau jalan balik rumah sendiri.

"Kita raya Tesco jela Kancil!" Brader Helmet bersuara ultimate. Kah kah kah! Apa faker raya kat Tesco?? Oh lupa. Tesco ada abang. Apa faker raya-raya ni abang tak cuti??

Kancil macam biasa, "Sii… sii… siii… siii… siiiottt je." Disambut dengan gelak gua yang tak leh ditahan-tahan.

*****

Akhirnya sampai juga gua di perkarangan Kg Pandan, kampung paling legend di KL.

Err. Masa dalam kereta waktu perjalanan ke Kg Pandan, Brader MidValley ada kata dengan gua. "Gua rasa neves nak jumpa mentua gua. Agak-agak lu depa boleh terima gua tak? Gua takut kena rijek la." Gua tersenyum je. Pepandailah ambil hati mentua ye tak? Dah amek hati Kancil, sekaranglah time nak ambil hati mentua, terutamanya Pakcik Zlatan Ibrahimovic.

Waktu berjalan ramai-ramai masuk flat Kg Pandan, gua nampak motor paling legend kat ukm! Takde motor lagi legend daripada motor tuh. WQE 186! Memang taraf Harley Davidson je motor tuh. Lalu sebelah Duccarthy pun boleh tinggal 10 tiang, celah gigi. Apa cerita? Gila tak gila? Duk ukm kalau tak kenal moto legend, baik naik beskal jelah.

Kami jalan kaki lagi. Nampak motor paling legend kat Kg Pandan pulak. Motor LC warna hitam. Wow. Sempat juga kami ambil gambar beramai-ramai dengan motor legend tuh. Macam-macam pose ada, tunjuk peace, muncung, sengih, angkat kening. Keh keh keh. Pastu nanti gua nak cuci gambar tuh, pos kat majalah Mangga. Caption gambar tuh "Kancil dan rakan-rakan." Lagi pun gua bukan apa. Nak buat ibadah untuk Kancil, Kancil kan tengah patah hati dengan Awek Uniform Pink.

Lagi jalan terus masuk flat. Kali ni Kancil mengetuai rombongan Makcik Kiah ke rumah dia.

bersambung…

Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA


Sila klik untuk imej yang lebih jelas.

---

Sapa la yang gampang sangat buat poster Kancil nih? Memang nak kena pukul.

Sapa yang supply gambar nih? Takkan gua nak jawab?

Hahahaha. Gampang!

Errr...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Bahan dulu baru mintak maaf. Faker sial!!

Monday, August 16, 2010

PERANCANGAN MASA DEPAN

Gua nampak, nama Ayahanda Kancil ni memang boleh pegi jauh. Dari Kampung Pandan membawak ke Bangi, sehingga ke Melaka dan Johor. Apa nak kata lagi? Malaysia tak usah kata, kalau Jol Bangla sebarkan nama Ayahanda Kancil kat Acheh, gua boleh jamin, Ayahanda Kancil akan jauh lebih popular daripada Prof Ahmad Razak Hamdan.

Dalam usaha membawa nama Ayahanda Kancil ni naik, gua dah berkira-kira untuk mengkomersialkan nama Ayahanda Kancil dalam industri kecil dan sederhana dengan mengeluarkan barang-barang rare yang Ayahanda Kancil gunakan dalam kehidupan seharian.

Sikat Kancil
Baju F1 Kancil
LocKancil
Batik BatiKancil
Motor Kancil
Kokokrunch Kancil
Kasut Hitam Kancil
Selipar Boling Kancil
Printer Kancil
Raket Kancil
Mee Segera Kancil
Tes-Kancil
McKancil
Pusat Pembiakan Kancil
Taman Kancil
Kelas Motivasi Patah Hati Bercinta Kancil
Kelas Membahan Kancil

yang lain, nanti gua cuba-cuba fikirkan dengan Hero Tamil dan Brader MidValley.

Gua bajet dalam 20 tahun akan datang, gua akan pastikan nama Ayahanda Kancil akan mendapat tempat dalam hati masyarakat antarabangsa. Jika ada masa, gua cuba usulkan Seluar Jala Kancil dalam jenama Bonia.

Tengok, bahan pun boleh buat duit.

Agak-agak Ayahanda Kancil restu tak restu perancangan gua ni?


*****

Notakaki : amacam post opening Syawal kali ni?

Monday, July 19, 2010

KERJA-KERJA SETAN

Gua : Kancil! Gua tau lu tinggal mana

Kancil : Mana?

Gua : Kampung Pandan laa. KAHKAHKAHKAH

Kancil : Siottt.

Kancil : Sempat lagi.

Gua : Gua ada sedara tinggal sana.

Kancil : Yelaa tu..

Gua : Iye Kancil. Anak-anak dia kecil lagi

Gua : Dia baru dapat rumah under PPRT

Kancil : Yela tuhhhh.. ~~~

Gua : Nanti gua nak tanya anak-anak dia

Gua : Kenal tak Ayahanda Kancil?

Kancil : Siiioootttt~~~~~

Gua : Wakakaka..

Gua : Gua nak suruh sepupu-sepupu gua cari motor lu

Gua : Pancitkan tayar ke, cabut tayar.. Amacam?

Kancil : Siiiottttttttttttttttttttttt~~~~

Kancil : Macam ni gua kena sorokkan motor gua ni.. hihihihii

Gua : Hahaha. Dah kol 5 ni. Bila nak balik?

Kancil : Yela. Balik dulu..

Gua : Balikla.. Gua dah puas bahan lu..

Kancil : Siott.. Macam tu pulak

Kancil : K la.. Keje lek lok

Gua : Ok2.. lu bawak moto elok-elok!

GUA KASI FINISHING SATU KALI

Gua : Jangan masuk bawah lori lagi..

Kancil : Sioottt... sempat lagi bahan!

Tuesday, July 13, 2010

BESDAY HERO TAMIL

Tetiba idea jahat Brader Helmet timbul nak telurkan Hero Tamil (padahal rumet sendiri ni). Gua bab-bab nak pedajalkan orang, memang hukum takde hati perut dah. Laju je gua nak dajalkan. Cuma bila kena part-part gua kena pedajal, gua memang cepat kesan niat-niat buruk depa ni.

Jadinya plan punya plan, makanya terhasillah satu plan yang tak berapa nak world la Mawi kata.

Plan nak suruh member gua ajak Hero Tamil datang, dah cun. Cuma nak suruh Kancil tunggu Hero Tamil turun jer. Skuad pembaling telur semua duk nyorok bawah tangga. Kalau tak silap gua malam tu, gua, Brader Helmet dan duorang mamat Indo. Entah macam mana sesat dorang dalam plan tu, gua pun tak berapa nak ingat.

Tunggu punya tunggu, Hero Tamil tak turun-turun. Sejam juga la kitorang tunggu Hero Tamil turun. Nyamuk dah menggigit-gigit. Panas tu lain cerita.

Sementara skuad telur tunggu bawah tangga, Kancil dijadikan umpan duk tunggu kat motor. Apa pun dia dah start motor WQE 186 dia.

Duk tunggu-tunggu pun bosan juga ye tak?

Kitorang duk perhatikan Kancil. Ni kitorang nak pedajalkan Hero Tamil ni, dia pulak boleh buat sengih-sengih macam nak bagi hint je kat Hero Tamil 'oi telur tunggu kat bawah'. Brader Helmet dah bising-bising.

"Dia sengih-sengih wat apa! Kang Hero Tamil perasan!" - Brader Helmet berbisik keras.

Dalam keadaan genting takut plan tu kantoi, gua bersuara tiba-tiba.

"Jom kita tepung Kancil?"

"JOM." - balas mereka.

Sekarang ni sapa punya besday yang nak kena tepung ni?

*****

Nasib baik Kancil rumet gua semester tu. Kalau tak, dah lama gua kekahkan dia jadi cekodok.