Tuesday, December 28, 2010

fayadh dan mcd delivery bahagian dua

ishak ibrahim menanti kedatangan ceo mcd di hadapan stor mcd kg pandan. mana lagi nak tabur bakti kepada rakyat kalau bukan tempat park motor ye tak?

dia berjalan mundar-mandir, dengan hati yang gundah-gulana. apa kerja gila nak hantar delivery sampai dubai? plus, ishak ibrahim seorang manager? apa celaka kerja manager buat delivery? duit passport, duit tiket, siapa nak tanggung nih?

*eh eh eh* camne nih? camne nih? *kiri kanan*

pin! pin! pin! sreeetttt...

dari kejauhan sebuah teksi cap mcd kelam-kabut hon kereta yang menghalang laluannya, lalu drebar teksi amek lap dan drift, berhenti betul-betul depan stor mcd kg pandan.

"fuck you!"

"kepala hotak kau berjambul lah!"

"ingat jalan bapak kau punya kah!"

begitulah makian yang diterima drebar teksi sejurus saja berhentikan teksi cap mcd gara-gara stail pemanduan yang sungguh berbahaya. si drebar, tersengih saja dengan jawapan, 'ya jalan bapak aku punya, bapak kau ada?'

"berapa encik?" tanya si penumpang.

"takpe lah encik, bigmac satu cukup sudah." jawab si drebar teksi.

"nanti amek jer kat kitchen." kata si penumpang, ceo.

si drebar tersengih lebar, seraya memandang ke arah ishak ibrahim, secara membahan.

"eh eh eh, encik ceo, selamat datang. hihi." ishak ibrahim menyambut kedatangan ceo mcd, yang baru keluar dari perut teksi.

"eh, eh, eh." jawab ceo, ringkas.

ishak ibrahim berdiri depan ceo, sambil membetulkan lanyard, "sorry ceo, kerana suruh datang on the spot. cemas ke? ada hal sikit ni. hihihi."

"eh, memangla cemas. aku tengah tengok onepiece ramai-ramai kat ofis tadi tadi. apahal ni?" tanya si ceo balik (tangan di dada). sememangnya jika tiada apa, ceo akan melayan onepience, sama seperti manager yang berdiri di hadapannya.

lalu, ishak ibrahim menarik nafas, dan menceritakan apa yang terjadi, A-Z.

"what the fish?" kening ceo terangkat, mendengar cerita ishak ibrahim. ishak ibrahim terasa dibahan, indirectly. kah kah kah!

"macam mana ceo?" ishak ibrahim mengharapkan penjelasan.

ceo diam, lalu berkata "customer is a king, ikut jer cakap dia. then, perbelanjaan you untuk ke sana, mcd tanggung. tapi dengan syarat."

"syarat?" kini giliran kening ishak ibrahim yang terangkat. (bayangkan fetish??)

"ya, dengan syarat. motor lagenda you tuh dicagarkan bagi menjamin you betul-betul tak menipu syarikat."

pap!

"hoshhh! apahal? saya pergi atas urusan kerja, delivery tuan." ishak ibrahim cuba memujuk.

"eh, eh, siapa ceo sekarang? cepat siap. flight kejap lagi." ceo memberi arahan. sial punya tipu, ingat jadual flight macam teksi ke, kata ishak ibrahim, dalam hati.

"yela. yela.." kata ishak ibrahim sambil terbongkok-bongkok membetulkan rambut dengan sikat.

di dalam stor.

adam mendekati ishak ibrahim, "camne bang? jadi pegi? karang mak marah camne?" adam bertanya.

ishak ibrahim tidak mampu berkata apa-apa, diam seribu bahasa, selain menjawab dengan gelengan kepala. isk, isk, isk. ishak ibrahim berkerut dahi, stress mungkin.

"aku tension, aku tension, aku tension, tension ke dubai." adam terus menyanyi tak memperdulikan perasaan ishak ibrahim yang bercampur-baur sambil membantu ishak ibrahim memasukkan bigmac ke dalam bekas delivery.

'adam, ku lihat kau kecil saja.' hati ishak ibrahim berkata, geram.

di klia.

ishak ibrahim memandang kiri-kanan dengan perasaan cemas. tidak dapat membayangkan nasibnya di perantauan kelak, walaupun menghantar order kepada customer. safety belt dipakai setelah kapten kapal memberikan arahan. menggigil. dan tak pernah lari daripada perasaan, CEMAS.

dan kapal terbang pun berlepas. HOSH!

ini adalah kali pertama dia menaiki kapal terbang untuk ke dubai. pramugari-pramugari yang lalu semuanya ditenung tajam. bahagian dada dan punggung adalah kawasan spot ishak ibrahim yang paling utama.

'rasa aku nak babap jer.' kata ishak ibrahim dalam hati. nak cakap kuat, takut didengari orang lain.

"hi sir, would like to have a drink?" suara perempuan di sebelah.

ishak ibrahim terkejut, dan beralih ke tepi. eh, siapa pula ni? namanya siapa? camne dia kenal aku?

"eh, eh, eh, what is your name young lady?" ishak ibrahim bertanya apabila dirinya sudah bertenang.

sambil tersenyum, pramugari itu menjawab. "maisarrah."

"maisarrah?" kening ishak ibrahim terangkat. ishak ibrahim memerhatikan atas bawah untuk memastikan bukan mohd ariff yang menyamar. ada 'nasi lemak, pinggang smart.' okay, proven. she is not mohd ariff.

kelam-kabut ishak ibrahim kasi sikat itu rambut. nak nampak smart katanya.

"excuse me, would you like to have a drink?" pramugari bernama maisarrah itu bertanya lagi.

"err, err, teh-o ais?"

"teh-O ais?" kata maisarrah, membulatkan mata, "okay. 5 minutes sir." lalu berlalu pergi, melenggak-lenggok punggungnya. geram ishak ibrahim melihatnya. rasa mau saja ku babap-babap.

5 minit kemudian, maisarrah datang bersama teh-O ais di tangannya.

"heeyyy, dah sampai.."

"here is your drink, sir."

"marilah duduk dengan orang. kita cerita-cerita sikit." ishak ibrahim menarik tangan maisarrah masuk ke tempat kosong di sebelahnya. gatal yer. ikut perangai siapa nih? siapa ajar tarik-tarik tangan? santak je terus, kan okay?

nak dijadikan cerita. sampailah di dubai international airport. ishak ibrahim mencari teksi. bekas gincu di hujung pipi yang tajam lupa nak dilapkan.

"excuse me, can you send me to this address?" kata ishak ibrahim kepada pemandu teksi, menunjukkan alamat.

"alah, cakap melayu jo! den orang nogori ni hahhh~~"

"eh eh eh, ada orang malaysia. kau tahu alamat ni tak? orang dah lambat nak hantar bigmac ni hah."

"alah den tau tempat ni. jom. den bawak. ekau ni dari mano? tup tup sesat kat dubai ni hah. bukan ke takde mcd kat airport ni hah."

"orang dari malaysia."

drebar teksi tuh, geleng-geleng kepala.

---

ishak ibrahim berdiri di depan bangunan iperinTits milik petronAss. (mira zin tak faham, bukan?) dalam hati, risau. entah-entah kena tipu dengan fayadh ahmad kamal, manalah dia tahu. setahunya fayadh bekerja di bangunan klcc, bukannya dubai. dia taknak buang masa lagi, dia pun melangkah masuk membawa beg sandang mcd delivery.

alamat di tangannya dirujuk. tingkat 186. keningnya terangkat automatik. apa gila ada tingkat 186 nih? baru dia perasan, 186 tu no plat motor dia! dia mula merasakan dirinya ditipu. tapi hal-hal kerja jangan buat main-main.

dipusingkan kepala, mencari pakguard.

"ex, ex, excuse me s..s..sir, can you show this floor, 186."

"which floor?" tanya pakguard tu dalam slang benggali. (yelah, dubai kan ada bau-bau bacang dengan india. kan mohd ariff?)

'eh, aku tanya dia, dia tanya aku balik. siapa yang nak tanya sekarang?' marah ishak, dalam hati.

"this floor sir. 186." kata ishak ibrahim menunjukkan alamatnya.

si pakguard mengamati alamat itu baik-baik. takut tersalah hantar floor, mampus ke penthouse.

"oh i know this floor. iperinTits right?"

"ya ya ya!" jawab ishak ibrahim macam upin ipin.

"why you reacting like upin and ipin?" tanya pakguard, kehairanan.

ishak ibrahim diam. 'sial punya pakguard. aku lak dibahannya.'

"em, to reach this floor, you must have a motorbike." jelas pakguard, bersungguh-sungguh.

ishak ibrahim cemas, mana datang nak bawa motor naik tingkat 186 nih? err, duit takde ni nak beli motor. sewa motor apa tah lagi.

"where i can find motorbike sir?"

"oh nevermind, use this bike." kata pakguard menunjukkan motor di sebelahnya.

ishak ibrahim terkejut bukan kepalang. bukan sikit-sikit punya terkejut. memang tahap darah naik kepala punya terkejut.

WQE 186! macam celaka. ni fayadh ahmad kamal camne leh dapat motor hantar sampai dubai?

"eh eh eh, this is my motorbike. how come this motor can reach dubai????" kata ishak ibrahim, cemas. macam biasa. kah kah kah.

pakguard tidak menjawab. takkan nak jawab, "motor ni jalan sendiri." sure kena singgung dengan ishak ibrahim.

dengan perasaan redha di bucu hati, ishak ibrahim pun mengeluarkan lanyard yang disangkutkan kunci motor, turunkan double stand, start motor dan terus ke floor 186. menggunakan jalan khas macam balik ukm ke kampung pandan.

setelah ishak ibrahim kasi tongkat doubles stand, dia berjalan sampai depan front desk.

"eh, hai. good afternoon. i am here for mcd delivery."

"for?"

"errr, fayadh ahmad kamal."

"u go straight, and turn left, then turn right, turn left, turn right. how this? how this?"

ishak ibrahim pandang front desk girl tuh, kecik jer. 'kena rogol ni karang.'

dia pun berjalan mengikut arah yang diberi gadis front desk, dengan hati yang berdegup kencang, takut ditipu. datang jauh-jauh, tapi orang takde, memang kakiku dibibirmu.

---

fayadh ahmad kamal ketika itu sedang meneliti insiden yang baru dilaporkan, mendengar bunyi kasut menuju ke arahnya. macam pernah dengar bunyi tuh. kat mana eh? dia sambung teliti insiden.

tiba-tiba, tanpa dijangka.

"heeeyyyyyyyyyyyyyyy!!!! fayadh yang orderrr bigmac!"

fayadh ahmad kamal menoleh, terkejut, terkening terangkat. sebatang tubuh berdiri depan fayadh ahmad kamal. lembaga itu tersengih tajam, sambil menggeleng-geleng kepala. "penat je aku datang, haih."

fayadh ahmad kamal menoleh, "eh, eh, eh, aku ingat kau tak datang!" kata fayadh ahmad kamal ke kiri, ke kanan. macam buat zigzag orang kata.

mereka berdua bersalaman. lama betul diorang ni tak jumpa. mereka berdua tersengih. lalu,

"eh, nah bigmac kau order. penat aku bawak tau." kata ishak ibrahim meletakkan beg mcd delivery di atas meja sambil diperhatikan fayadh ahmad kamal. setelah itu, dia duduk di kerusi dan meletakkan tangan di dahi, "macam orang hisap dadah punya kerja gila. dari kl ke dubai! penat jer!"

fayadh ahmad kamal tersenyum. dia tahu ishak ibrahim penat. lalu dia sendiri mengeluarkan bigmac yang dipesan. tiba-tiba,

'kenapa terasa ada dua bonjolan? takkan ishak ibrahim bawak bra?' diperiksanya dalam beg dan, ...

"ehhhhhh ishak ibrahim!" katanya terkejut, "kenapa kau bawak dua!? aku nak satu jer!"

ishak ibrahim yang tika itu sedang berehat, terkejut dan cemas, kiri kanan sambil menuju ke fayadh ahmad kamal untuk memeriksa burger bigmac. ternyata, ada dua.

"takpelah, rezeki kau la fayadh.." kata ishak ibrahim, redha.

"heheheehehe..."

"hah, mana duit? belum bayar nih. aku tak bawak buku 555 aku ni hah."

fayadh ahmad kamal kucar-kacir mencari duit. "hah, nah."

"heeeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy... aku takde duit ni la! aku bawak RINGGIT MALAYSIA tau! mana boleh tukar duit riyal ni!"

fayadh ahmad kamal sekali lagi, sengih. 10 tahun punya praktis ni, leh tajam gila babi.

"alahh, masuk je buku 555. nanti aku bank in dalam bank maykancil kau okay?"

'sabar jela..' bisik hati kecil ishak ibrahim, pasrah.

fayadh ahmad kamal berdiri memandang ishak ibrahim atas bawah. sampai je aras kaki, fayadh ahmad kamal gelak gila-gila.

"patutlah macam penah dengar! kau datang pakai selipar boling! bunyi sama sial! hahahahahahahaahahahahahahahahaa"

'sabar jela..' bisik hati kecil ishak ibrahim.

sambil menahan gelak, fayadh ahmad kamal kata lagi. "sebenarnya tujuan aku nak kau datang ni,"

ishak ibrahim menunggu apa lagi nak dikata fayadh ahmad kamal.

"... nak tengok kau sengih je."

*****

serentak dengan itu, satu bandar dubai menyaksikan fayadh melayang keluar dari bangunan iperinTits ke greenwood gombak, punca difreekick oleh nicolas 'ishak ibrahim' anelka, sebelum berhijrah ke liverpool.

p/s BABI, aku tak leh tahan sial taip cerita ni. nak gelak jer!

1 comment:

mira zin said...

EPIC ending!!!!hahahahaha....