Friday, December 3, 2010

blog under konstruksi

gua punya hati tak berapa nak senang, dua tiga minggu. buat apa pun tak berapa nak sedap. gua layan aja kepala dengan hati gua.

yang buat hati gua tak berapa nak sedap, rupanya dah lama tidak berbicara dengan kancil. dah banyak kali percubaan panggil telefon gua buat, tak dapat-dapat. barangkali kancil "kecik hati orang" dengan gua sebab main miskol-miskol guna telefon ofis. sampai keluar syarat nak call kena sms dulu. kah kah kah. tapi gua takde hal. kancil dengan gua memang tak ke mana. Tak percaya, tengok gambar di bawah.



"hujung dunia, kita berjumpa..." - Putra dalam lirik Kain Putih

jadinya semalam, lepas solat jumaat, dan lepas tenang zahir dan batin gua mendengar khutbah di masjid mmu. gua balik ofis. skrin komputer gua tenung. macam ada problem. makin lama, skrin itu terbentuk menjadi sengih kancil. gua punya berderau dari masjid lepas jumpa jelmaan kancil tak habis lagi, ditambah dengan skrin rupa sengih kancil. itu petanda kurang baik.

seberapa pantas gua capai telefon, kucar-kacir gua dail nombor kancil.

tut.. tut.. tut.. tut.. tut.. tut.. tut.. tuttt..

berapa lama mau angkat henfon ni? hati pun mau panas juga. tunggu awek di melaka sentral pun boleh buat gua jadi panas, inikan pula tunggu pakwe angkat henfon? oopss. salah, salah. tunggu kancil. marah mohd ariff nanti.

satu kali, "hello.." hati yang terbakar, sudah kembali sejuk bak salji turun menutupi hati gua. suara kancil, memang daripada yang lain. masakan mohd ariff fetish tatkala kancil menyebut. "heeiiyyy" ?? klimax serta-merta.

gua pun borak punya borak dengan kancil. rupanya kancil mahu ke tasik titiwangsa bersama adik. nak jalan-jalan katanya. gua pun selit juga hal-hal karier ni. kancil baru saja hadiri interview bersama tm untuk jadi tech consultant (kalau gua tak silap). gua baru nak happy untuk kancil, kancil dah jadi antiklimax gua. dia kata tm baru call, permohonan dia, unsuccessful.

marah gua pada tm, tak terhingga. rasa gua nak bakar jer menara tm kat bangsar. celaka. sampai hati tak nak tolong kancil. apa salah kancil? gaya dah korporat, reputasi satu dunia dah tahu. apa lagi tm nak? kancil dapat tahu gua punya marah, cepat-cepat dia cool kan gua dengan ayat ini.

"tapi tm offer aku lain pula."

"apa dia?" hati gua sejuk balik. nasib baik ada backup sejuk.

"aa..."

"jadi apa!?" bentak gua.

gua dapat bayangkan cemasnya kancil menjawab..

"eerrr.. customer service."

gedegangg! gua tendang meja.

"bunyi apa tuh?"

"gua tendang meja. marah betul la dengan tm ni. celaka gila. bak sini nombor tm, gua nak call."

"apesal pula? ada masalah ke lann shaukani?"

"mana boleh sama dengan abang!"

tm nak bahan kancil ke nak bahan abang ni.

*****

ni satu amaran, sesiapa call customer service mintak tolong kancil call kan mcd delivery, henfon nokia rosak, line dota selalu putus, mintak free bil telefon, gua dapat tahu, gua kasi kapak celah hidung, tak banyak cakap-cakap.

1 comment:

shahrin yusof said...

hahahha ni la yg korang bahan petang semalam hahahhaa