Tuesday, July 13, 2010

WARKAH BUAT MAISARRAH

Ke hadapan Maisarrah yang diingati..

Hancur luluh hati ku dibuat dikau, kerana ingin menamatkan zaman dara mu bersama lelaki jahanam pilihanmu.

Sekarang, kau dengarlah luahan hati perasaanku...

Aku masih teringat, kali pertama menatap wajahmu, bermata bulat, hati ku meronta-ronta ingin tahu siapakah gerangan dirimu itu. Setiap kali ke cafe, aku pasti bersikat rambut tepi, berbaju hitam (dapat free beli majalah) dan bertali pintu kunci di tepi poket, bagi memastikan kehenseman diriku, aku sengih dari bilik hingga ke cafe untuk membuatkan kau perasan tentang kewujudan diriku.

Rasa diri ini terapung-apung bila ku dapat tahu nama sebenarmu. Ohh.. Indahnya bila menyebut "MAISARRAH.." rasa nak loya bila member-member setanku menyebut "Yoursarrah".. mereka saja nak bahan diri aku dengan mu.. walaupun mulut ini berkata "siottt" tapi di hati ini meloncat-loncat kegembiraan..

Adakah kau tahu (bunyik lagu Wonderpet - potong stim sial) yang aku sentiasa menjadi penunggu di pondok bas? Memerhati dirimu yang ingin pergi ke ko-k. Ingin saja ku tumpangkan dikau ke ko-k kesenian, tetapi line tu telah dipotong-stimkan oleh tunang mu? Motor ku yang laju ini, tidak pernah dibonceng perempuan kau tahu? Selain ibu dan adik perempuan ku. (tetiba je~~~)

Siulan dan nyanyian riang menemani diriku ketika melangkah ke cafe untuk berjumpamu! Walaupun dari jauh ku melihatmu, tapi ku dapat rasakan kau dekat di henfon televisyen ku.

Cinta dalam hati ini sangatlah mendalam sehinggakan aku menghafal uniform kau apabila saat kau ke cafe membeli makanan. Sweater pink tu yang menarik perhatian aku. Comel sungguh engkau di dalamnya. Ingin saja ku dakap dirimu depan makcik cafe tapi apakan daya, jika ku buat juga, penampar wajib singgah ke muka ku jua.

Hadirnya dirimu sebentar ke dalam hidupku, membawa 1000 erti bahagia kepadaku.

Di saat ku bakar patties di McD, ku dapat rasakan aura dirimu walaupun ku berada di Kg Pandan..

Di saat ku bawa motor, ku nampak wajah mu di traffic light.

Di saat ku cuci tangan, ku nampak wajahmu di cermin tandas Zaba.

Di saat ku makan koko crunch, ku rasakan kau sedang menyuapkuku..

Di saat ku gelak ketawa menonton One Piece, ku dapat rasakan kita berdua menontonnya bersama-sama.

Apa pun, nasi sudah menjadi bubur.

Kini aku sudah menjadi milik Brader Mid Valley.

1 comment:

minx said...

Kehadapan Ishak yang kacak lagu menawan,
Tahukah kanda bahawa adinda di sini sentiasa sudi mengubati hati kanda yang luka itu?
Demi kanda,adinda bukan sahaja rela menyuapkan cococrunh, malah adinda sanggup pergi ke tesco untuk membeli berkotak-kotak cococrunh.