Monday, July 12, 2010

PERTEMUAN ROMANTIS

Tanggal 1 Julai 2007, gua dapat masuk universiti di Bangi. Gua agak cemas juga tengok gua punya penampilan skema rama. Budak-budak lain gua tengok baju tak kemas, seluar tak iron kasi nampak line. Gua punya baju, kemas ya Rabbi, seluar punya line, serupa dengan bilah pedang. Gua rasa, hari tu banyak juga mata memandang gua dengan satu macam. Ada sikit rasa hamjadah juga la tapi dia punya rasa tak boleh celen bila terdengar sayup-sayup suara senior gua kata gua skema.

Masa orientasi, gua agak cemas bila dipanggil pelajar-pelajar yang menjangkaui umur lebih daripada budak-budak tahun 1989. Masa gua dipanggil, gua dapat rasakan semua di situ memandang gua, usahkan batch gua, senior-senior gua pun pandang gua semacam. Sedikit malu di hati, tetap ada.

Sepanjang orientasi, gua terpandang seorang brader yang keseorangan. Bawa beg biru, rambut tersikat rapi serta kemas penampilannya. Gua tak amek port sangat. Cerita pasal penampilan, gua ingat gua skema, rupanya ada orang lagi skema daripada gua.

Kadang-kadang gua panggil dia. Dia datang kat gua sambil sengih. Dalam hati, "skema comel budak ni." Memandangkan gua ni takde kawan, gua kawan jela dengan budak ni. Sebab gua tengok budak ni tak la terejal sangat. Baik je gua tengok.

Kenapa gua kata dia baik? Masa sukan waktu orientasi mamat tu la jugak yang tolong jagakan barang-barang gua. Pastu datang kat gua sengih-sengih lagi. Dalam hati gua dah terdetik, "takpe. senyuman itu sedekah.."

Keh keh keh..

Itu lah Ayahanda Kancil kacak bergaya, rambut sikap tepi...

No comments: